HomeSukanAtlet Indonesia kecewa upacara penyampaian pingat guna lampu kereta

Atlet Indonesia kecewa upacara penyampaian pingat guna lampu kereta

 

CYBERJAYA: Jumaat lalu telah berlangsungnya Sukan SEA ke-32 yang menyaksikan Kemboja dipilih menjadi tuan rumah bagi temasya sukan tahunan dan ia merupakan penampilan pertama negara tersebut menjadi penganjur dalam tempoh 64 tahun acara tersebut berlangsung.

Namun beberapa hari selepas acara penuh makna itu, penganjuran Sukan SEA di Kemboja mendapat kritikan daripada orang ramai khususnya petugas dan atlet yang menghadiri temasya sukan berprestij tersebut.

Ada pihak yang mendakwa Kemboja selaku tuan rumah gagal menjadi penganjur yang baik apabila fasiliti dan kelengkapan mereka dianggap tidak sesuai bagi acara sukan bertaraf antarabangsa.

Dakwaan tersebut bukanlah tuduhan secara melulu oleh pihak pelawat tetapi, berikutan baru-baru ini jawatankuasa Sukan SEA 2023 hanya menggunakan lampu kereta sebagai sumber pencahayaan ketika sesi penyampaian pingat.

Detik penyampaian pingat yang sepatutnya meriah buat atlet jalan kaki Indonesia, Hendro Yap bertukar suasana menjadi pilu walaupun dia meraih emas dengan catatan masa 1 jam 40 minit 42 saat.

Menerusi klip video berdurasi 17 saat yang dikongsi oleh akaun TikTok 15gagmy melihatkan lampu kereta berkenaan hanya menerangi ketiga-tiga pemenang pingat acara jalan kaki namun cahaya tersebut tidak mampu menampung keadaan sekeliling.

Susulan daripada kejadian itu, pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) mengambil tindakan segera dengan memohon maaf kepada Indonesia. 

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor