CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan berita baik untuk warga pendidik sempena sambutan Hari Guru, esok.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, terdapat beberapa perkara penting yang akan disampaikan bagi menaikkan semangat para guru dan ekosistem pendidikan negara.
“Tidak perlu tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk umumkan. Menteri Pendidikan sendiri akan umumkan sesuatu, jadi tunggu esok.
“Ada beberapa perkara yang saya fikir penting bagi menaikkan semangat para guru dan keseluruhan ekosistem pendidikan khususnya untuk negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, hari ini.
Sambutan Hari Guru merupakan satu hari istimewa yang diisyatiharkan untuk mengenang hari para guru dan disambut pada 16 Mei setiap tahun di Malaysia.
Tema Hari Guru bagi tahun 2023 adalah “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”.