CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular sebuah hantaran yang menunjukkan gambar-gambar perkahwinan yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Perkongsian di Twitter Januar Haikal melihatkan beberapa keping foto perkahwinan dengan menggunakan teknik AI mencuit hati netizen setelah melihat gambar pakej tersebut yang ditawarkan oleh seorang jurugambar.
Menerusi gambar yang dikongsi tersebut terlihat beberapa foto pengantin dengan busana perkahwinan yang disunting menggunakan teknologi AI.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila hasil gambar yang disunting itu tidak sama dengan wajah sebenar pengantin terbabit.
Menurut kapsyen yang ditulis oleh Januar Haikal ‘Ada photographer offer pakej wedding photography secara AI dengan harga RM300 just kena bagi gambar passport pasangan, jenis baju, warna dan tema’.
“Terkekek kekek aku tengok, tumpang tanya ni tema dia ke distorted di alam bunian ke?.
“Maka tutuplah semua studio photography di area Tampin dan Jemapoh apabila melihat kualiti gambar sebegini. Habislah photographer tak ada job lepas ni,” tulisnya di Twitter.
Menjengah di ruangan komen rata-rata warga net memberikan reaksi yang pelbagai setelah melihat hasil gambar yang dikongsi oleh pemilik Twitter tersebut.
“Bunian pon nangis tengok gambar macam ni,” tulis netizen.
“Kalau gambar macam ni boleh membawa kepada perceraian ni,” seloroh seorang netizen di ruangan komen itu.
“Ni wedding bertemakan failed plastic surgery ke ni? Kesian rupa pengantin jadi distorted,” luah netizen.
Nampaknya kemajuan tekonologi AI telah berjaya memudahkan kerja-kerja artistik namun orang yang hendak menggunakan teknik AI perlulah mempunyai kemahiran yang setanding supaya hasilnya tidak menjadi bahan ketawa umum.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)