HomeBeritaViral‘Nightmare!’ Pengantin ditipu ‘wedding planner’, songlap RM180,000

‘Nightmare!’ Pengantin ditipu ‘wedding planner’, songlap RM180,000

CYBERJAYA: Baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinan di sebuah hotel terkenal di Pulau Pinang, sepasang mempelai dilanda musibah apabila ditipu RM180,000 oleh perancang perkahwinan bagi majlis perkahwinannya.

Pempengaruh Niena atau Shaniena Natasya, yang terkenal dengan produk kecantikan jenama OMPUTEH, meluahkan kekesalan apabila perancang perkahwinan gagal memberikan kerjasama yang baik sewaktu majlis perkahwinannya berlangsung.

Menurut Niena, disebabkan perancang perkahwinan itu tidak membayar habis duit berjumlah RM34,000 kepada pihak hotel, maka makanan tidak dapat dihidangkan pada waktu yang tepat.

Niena mula sedar dia ditipu oleh bridal tersebut apabila lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila Niena tidak mempunyai akses untuk memasuki bilik hotel pada jam 3 pagi sebaik sahaja majlis perkahwinannya selesai.

“Saya balik dari after party pukul 3 pagi, sekarang ini pukul 5 pagi, pengantin yang letih dari awal pagi semalam, tak ada bilik.

“Kawan-kawan cuba tahan dia ni dan pihak hotel beritahu yang dia ni nak cabut lari. Saya sebagai pengantin perempuan memang tak bersalah dan tak tahu apa.

“Saya memang mengamuk ya. Saya dah bayar semua kenapa bilik kena sekat. Tak kesian ke kami dah letih nak bergaduh dengan pula bilik kena block,” katanya dalam video yang dikongsi di laman Instagram miliknya.

Lebih mengejutkan, bukan sahaja bridal tersebut tidak membayar kepada pihak hotel tetapi juga kepada jurugambar dan tukang hias.

Lebih mengecewakan, lelaki tersebut membelanjakan wang yang diberikan oleh Niena untuk perbelanjaan peribadinya sendiri.

Untuk rekod, Niena telah membuat satu laporan di Balai Polis Batu Feringgi, Pulau Pinang pada 12 Mei lalu untuk mendapatkan haknya kembali.

OLEH: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor