HomeGaya HidupPancake Dragon - Menu berkhasiat buat si kecil

Pancake Dragon – Menu berkhasiat buat si kecil

SETIAP ibu pasti mahu memberi makanan yang berkhasiat buat anak-anak terutamanya ketika mereka masih kecil lagi.

jika setiap hari menu yang sama sahaja disediakan, pasti si kecil hilang selera untuk makan.

Justeru, kali ini MEDIA VARIASI bawakan satu lagi resepi menarik dicuba para ibu buat anak-anak iaitu ‘Pancake Dragon’.

Resepi yang dikongsi Nur Ashikin menerusi Grup Facebook ‘Resepi Makanan Bayi’ itu dipercayai sesuai untuk bayi berusia lapan bulan ke atas.

Malah, menu ini sesuai untuk dijadikan santapan waktu pagi atau snacking di petang hari.

Pancake Dragon ini mudah dimasak dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu tepung gandum, buah dragon dan unsalted butter.

Untuk makluman, buah dragon mempunyai khasiat seperti mengandungi karotene yang bertindak sebagai anti kanser serta dapat mengurangkan paras kolestrol ‘jahat’ dalam tubuh badan.

Berikut resepi Pancake Dragon:

Bahan-bahan:

  • ½ buah dragon
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • ½ unsalted butter (pek kecil) – baki dia lagi ½ guna untuk masak pancake kejap lagi

Cara memasak:

  • Lenyekkan dragon fruit dan campurkan tepung gandum, unsalted butter
  • Kacaukan hingga dapat kepekatan di bawah
  • Panaskan nonstick pan, letakkan ½ baki unsalted butter (pek kecil) untuk masak pancake
  • Masak hingga sedikit keperangan. Siap!

Menurut Ashikin, anda juga boleh menggantikan buah dragon dengan buah-buahan lain seperti pisang, betik atau mangga untuk memberi keunikan tersendiri.

Author

Pilihan Editor