HomeNiagaRaih untung dengan pelaburan emas - Angel Group

Raih untung dengan pelaburan emas – Angel Group

KAJANG: Jika sebelum ini kita disogok dengan kefahaman bahawa emas itu paling berharga di dunia, tetapi sebenarnya masa itu lebih utama.

Jadi, benarlah pepatah Melayu dahulu mengenai ‘masa itu emas’ yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia-siakan.

Pepatah yang dicipta nenek moyang dahulu kala, bukan sekadar terbit daripada tutur kata tetapi melambangkan kebijaksanaan orang Melayu dalam disiplin ilmu secara tidak langsung.

Begitulah nasihat Pengasas dan Pengerusi Angel Group Creative Financial Solution (Angel Group), Dr Rukhaidah Abd Karim, yang menerajui agensi pelaburan emas patuh syariah Quantum Metal (QM) terbesar sejak 2019 dan kini mempunyai lebih 300,000 pelanggan.

Rukhaidah berkata, dalam industri pelaburan emas sememangnya menuntut kesabaran yang sangat tinggi demi meraih keuntungan ketika waktu yang tepat, kerana itulah ironinya emas, dibeli pada harga rendah tetapi dijual pada harga tinggi mengikut pasaran semasa.

“Risiko dalam pelaburan emas adalah masa. Kita kena pandai beli masa kerana jika tak mampu, kita akan rugi, malah kita tak nasihatkan (untuk buat pembelian emas).

“Contoh, kita beli emas bulan lepas, tiba-tiba nak pakai duit, tapi harga emas semasa turun, kemudian kita jual, kita rugi.

“Tapi, kalau kita tak jual masa harga turun, kita tetap tunggu harga naik, dan jual, kita untung.

“Di QM, nak untung emas, kita kena jual emas. Contoh, awak beli 1kilogram (kg) emas, nak untung jual 1kg semula (ikut harga tinggi), tapi saya pegang 1kg, tapi saya boleh beri keuntungan semula daripada mana keuntungan itu datang (harga tinggi),” katanya yang mendedahkan urusan jual beli hanya berlaku pada tempoh waktu bekerja sahaja.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Dr Rukhaidah Abd Karim sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Angel Group bersama anak yatim dan asnaf daripada Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, dekat sini.

Turut hadir pada majlis berkenaan, isteri kepada Menteri Besar Selangor, yang juga yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Datin Seri Masdiana Muhamad Masdiana.

Rukhaidah berkata, rakyat Malaysia khususnya orang Melayu sangat suka emas namun, kebanyakannya tidak mempunyai asas ilmu pelaburan emas sehingga menyebabkan mudah terjebak dalam skim cepat kaya, dan tertipu dengan ‘scammer‘.

Katanya, QM yang sudah berada dalam pasaran dunia sejak 12 tahun lalu sebenarnya sudah bekerjasama dengan Bank Muamalat, Affin Bank, Alliance Bank dan Al-Rajhi Bank dalam negara.

Malah, sudah pun berdaftar dan mematuhi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Anti Keganasan (AMLA) Bank Negara Malaysia (BNM).

“Di QM, bezanya berlaku jual beli emas sahaja, dan menawarkan produk berkonsepkan gadaian dan gandaan, yang mana di luar tidak ada.

“Kita menjalankan jual beli emas fizikal, kalau ada yang dapatkan semula emas fizikal, dia boleh jual dalam sistem sama (gadaian) dan keluarkan, yang boleh diambil di Arrahnu Tekun atau mesin ATM di Petaling Jaya dan Penang dengan had maksimum 30kg sekali pengeluaran dan emas kita 999,” katanya.

Tambahnya, untuk permulaan pelaburan di QM adalah serendah RM150, dan boleh berdaftar secara atas talian di aplikasi yang dimuat turun di App Store atau Apple, dengan syarat bersandarkan kepada ejen yang dirujuk.

“Kebanyakan yang terlibat adalah daripada golongan B40 yang kini sudah pun ada pegangan aset, malah yang bergaji RM1,500 juga dialu-alukan,” katanya yang menyasarkan penjualan RM6bilion bagi tahun ini.

Author

Pilihan Editor