CYBERJAYA: Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian seorang wanita memaparkan harga sepeket isi petai yang dijual di sebuah pasaraya di ibu kota mencecah sehingga RM113.90.
Dalam video tersebut, wanita terbabit turut terkejut dengan nilai angka yang dibaca pada tanda harga petai itu.
Malah, dia turut mempersoalkan sama ada isi petai itu dijual mahal disebabkan inflasi ekonomi masa kini.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net turut berdebat isu harga tersebut yang dianggap tidak masuk akal.
Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan petai tersebut dikategorikan sebagai ‘petai kayangan’ dan hanya didapati menerusi ‘alam bunian’.