CYBERJAYA: Rata-rata warga net terhibur dengan gelagat seorang wanita yang memuatnaik video di TikTok akaun @rumpai_laut15, mempamerkan ular yang dipegangnya seolah-olah tercekik.
Difahamkan, video tersebut dirakam ketika pameran Hari Ulang Tahun TLDM ke-89 di KD Sri Semporna, Sabah, Ahad lalu.
Dalam video itu, kelihatan dua orang anggota Paskal menyaran wanita terbabit untuk memegang kepala ular sawa ketika sesi berfoto.
Namun, keadaan berubah lucu seketika apabila kelihatan kepala ular yang dipegang wanita itu seolah-olah tercekik dek kerana pegangan terlalu kuat sehingga menyebabkan mulut ular ternganga.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video yang dimuatnaik wanita tersebut.
“Ular. ‘tak berbaloi betul ambil job ni, dah lah payment sikit, di cekik-cekiknya aku’, tulis netizen.
“Kesian ular tu mesti dia fikir dah nak datang ajal dia,” ujar seorang lagi warga net.
“Member dah hujung-hujung tu, sikit lagi nak keluar rohnya,” tulis netizen.
Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)