HomeBeritaViralSold out! Tapi tiket konsert Coldplay dijual semula hingga RM43,000!

Sold out! Tapi tiket konsert Coldplay dijual semula hingga RM43,000!

CYBERJAYA: Live Nation mengumumkan penjualan tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia ditutup kira-kira 1 petang Rabu, iaitu kurang empat jam selepas jualan umum dibuka.

Kumpulan muzik British itu akan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November dan ia akan menjadi penampilan pertama mereka di Malaysia.

Tinjauan di media sosial mendapati, sekitar jam 11 pagi, boleh dilihat terdapat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan daripada peminat Coldplay yang terdesak untuk mendapatkan tiket.

Tindakan sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menjual semula tiket konsert siri jelajah kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay dengan harga yang tinggi mengundang kecaman orang ramai.

Ada yang bertindak menjual tiket konsert Music Of The Spheres World Tour yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur November nanti sehingga mencecah RM43,200.

Difahamkan, tiket tersebut bagi tempat duduk di kategori 1 di mana harga asal yang dijual di laman web rasmi Go Live-Asia ialah hanya RM1,288.

Susulan daripada itu, ramai peminat kumpulan tersebut yang menggesa agar pihak penganjur mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menjual semula tiket dengan harga tidak masuk akal.

Malah, rata-rata peminat hari ini lagi sekali kecewa apabila kebanyakan tiket sudah habis dijual sebaik sahaja sesi jualan tiket bermula pada pukul 10 pagi tadi.

“Queue dari pukul 9am…. Masih lagi queue, lepas tu habuk pun takdaaaa,” komen netizen.

“Confirm ada jual tiket sampai RM2-3k. Masyuk betul scalpers. 200% profits. 🫠🫠,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Jangan beli tiket dari ‘reseller’, biar mereka rugi,” komen seorang pengguna Twitter yang lain.

Author

Pilihan Editor