PEMAIN sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Safawi Rasid mengumumkan tempoh pinjamannya bersama kelab Thailand, Ratchaburi FC telah berakhir. Pengumuman itu telah dibuat oleh Safawi menerusi hantaran Instagram Story miliknya.
Setelah pengumuman itu dibuat, satu ciapan daripada Zulhilmi Zainal Azam menyatakan bahawa Safawi akan kembali ke Liga Malaysia dan berkemungkinan akan beraksi bersama salah satu kelab dari Pantai Timur.
https://twitter.com/zulhelmizainal1/status/1658975440109985792?s=20
Terengganu FC merupakan antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Safawi Rasid untuk baki saingan musim ini.
Menurut Ketua Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, kehadiran Safawi mampu menambah sengat kepada jentera skuad Peteh itu dan turut menyifatkan anak jadi Dungun mampu menjadi mentor kepada pemain-pemain muda Terengganu, katanya dalam temubual bersama Astro Arena.
Menurut laporan Makan Bola, tidak kira pasukan mana yang akan dipilih Safawi, pemain yang mempunyai kaki kiri yang berbisa itu mampu menjadi kelebihan pasukan dari pelbagai aspek seperti gol dan bantuan gol.
Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Safawi, pasti dia mampu untuk membantu pasukan yang bakal diwakilinya untuk lebih maju.