HomeBeritaViralWanita nak saman kedai kopi popular, salah eja nama jadi ‘babi’

Wanita nak saman kedai kopi popular, salah eja nama jadi ‘babi’

 

CYBERJAYA: Seorang wanita tidak berpuas hati serta ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah rangkaian kedai kopi popular setelah dia mendapati nama yang ditulis di cawannya membawa maksud berlainan.

Menerusi hantaran di Facebook Bavitra Ramachandaran, dia memuat naik sebuah gambar memaparkan secawan kopi dengan tulisan ‘babi’.

Difahamkan, kesalahan itu terjadi disebabkan pekerja di sebuah kedai kopi popular itu tersalah mendengar nama singkatan yang disebut olehnya iaitu Bavi sebaliknya menulis dengan nama haiwan.

Bavitra menjelaskan, kesalahan itu sepatutnya tidak terjadi kerana suaminya yang berada di tempat kejadian telah memberikan ejaan yang betul.

“Saya akan saman syarikat ini. Takkan pekerja Melayu kamu tidak tahu yang tiada nama manusia bermula dengan babi,” tulisnya.

Hantarannya itu telah mendapat pelbagai reaksi oleh warga net termasuk ada yang menggalakkan wanita itu untuk mengambil tindakan.

“Awak patut ambil tindakan. Jika salah dengar sekalipun, sepatutnya dia boleh tanya semula,” komen seorang pengguna.

“Ini dah keterlaluan, takkan tak tahu apa itu babi?” tulis netizen.

“Kalau tak reti eja nama, tanya la dekat orang yang punya nama tu. Apalah bebalnya si pekerja tu,” kongsi netizen di komen.

Bagaimanapun, sehingga hari ini kedai kopi popular tersebut masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor