JERUSALEM: Sekitar 100,000 jemaah menunaikan solat Aidiladha di Masjid Al-Aqsa, sebelum polis Israel menyerbu kawasan suci umat Islam dan memaksa jemaah keluar dari kawasan Bab al-Rahma, serta menahan beberapa orang, mengikut sumber tempatan.
Laporan menyatakan bahawa pasukan Israel menahan sekurang-kurangnya 18 orang di Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita WAFA.
Pihak berkuasa Israel berniat untuk mengubah Bab al-Rahma, juga dikenali sebagai Pintu Emas, menjadi kawasan ibadat bagi Yahudi dan telah menghalang orang Islam daripada mengakses kawasan itu. – BERNAMA-WAFA