HomeBeritaViralAkaun Twitter Jocelyn Chia ‘suspended’ lepas diserang netizen Malaysia

Akaun Twitter Jocelyn Chia ‘suspended’ lepas diserang netizen Malaysia

 

CYBERJAYA: Akaun Twitter milik komediri kontroversi Singapura, Jocelyn Chia telah digantung berkat kuasa warga maya Malaysia bersatu hati membuat laporan selepas video dirinya memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi pesawat MH370 dalam persembahannya tersebar.

Penggantungan akaun Twitter itu berlaku tidak sampai satu hari selepas tular video dia mempersenda Malaysia Airlines yang dikatakan tidak mampu terbang dan hilang bagi pesawat MH370 dan MH17.

Semua akaun media sosial pelawak terbabit diserang netizen Malaysia sehingga menyebabkan dia terpaksa menutup ruangan komen.

Malah, isteri kepada salah seorang kru pesawat MH370, Intan Maizura Othman, turut menyelar tindakan pelawak terbabit yang mempersenda tragedi pesawat terbabit.

“Ini tidak kelakar, jangan mempersendakan tragedi MH370. Anak lelaki saya, Muhammad sehingga ke hari ini masih menangis dengan kehilangan ayahnya.

“Adakah kamu tahu betapa ramai ibu-ibu di luar sana yang masih menangis sehingga hari ini? Kamu tidak tahu kerana kamu tidak mempunyai sifat empati dan hati.

“Atau kamu tidak punyai keluarga. Kalau kamu ada keluarga, saya percaya keluarga kamu akan berasa malu dengan tindakan bodoh kamu,” katanya.

Jelas Intan, mempunyai hati dan perasaan serta tinggal di negara yang membangun adalah jauh lebih baik daripada tinggal di negara yang dikatakan sebagai negara kelas pertama di dunia.

Difahamkan, ketika tragedi berlaku pada 8 Mac 2014, Intan sedang mengandungkan anak bongsunya itu, Muhammad.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor