HomeBeritaViralArwah 'rider' Ducati istiqamah solat jemaah di masjid, tak lokek kongsi ilmu...

Arwah ‘rider’ Ducati istiqamah solat jemaah di masjid, tak lokek kongsi ilmu permotoran – Rakan

KISAH kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati selepas tercampak daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) nyata membuatkan rata-rata rakyat Malaysia bersimpati.

Mana tidaknya, mangsa dikenali Ahmad Fadzil Omar Azadin, 64, maut di tempat kejadian selepas terbabas lalu jatuh ke bawah jejambat kerana cuba mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.

Gambar kenangan bersama arwah Ahmad Fadzil (kanan).

Kejadian yang berlaku pada Rabu itu turut membuatkan sahabat Allahyarham Ahmad Fadzil iaitu Mohd Said Mohd Shariff, memuat naik hantaran di Facebook berkongsi kisah kehidupan mangsa.

Last perbualan kami, Assalamualaikum, brother you need to ride, we need to ride, it’s been a while kan.. Okey bang inshaAllah on.

“Kebetulan memang jarang dapat ride bersama sejak kelas setiap minggu, last bertemu akhir Ramadan. Sempat catch up, berpelukan melepas rindu. We plan to ride soon. Qaddarallah tidak kesampaian hasrat kami,” tulisnya.

Menurut Mohd Said, Allahyarham Ahmad Fadzil merupakan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berpengalaman dan mereka sudahpun bersahabat hampir tujuh tahun.

Katanya, Allahyarham Ahmad Fadzil amat disenangi dan dihormati semua orang khususnya dalam kalangan sahabat riding.

“Awal-awal riding sekitar 2016, 2017 banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekori beliau dari belakang. No doubt riding skill dia yang amat baik, boleh dikatakan seorang yang luar biasa apabila mengendalikan jentera,” ujarnya lagi.

Menarik perhatian apabila Mohd Said mendedahkan bahawa Allahyarham Ahmad Fadzil gemar menunaikan solat jemaah di masjid dan sering berbicara mengenai isu agama.

“Perbualan kami sentiasa topik motor, how to handle the machine, he’s past experience riding sort of models, general topics dan pastinya perbincangan ilmiah al-Quran dan sunnah yang telah kami dapat manfaat bersama-sama, semuanya kami sepakat dalam hal agama, Alhamdulillah sahabat semanhaj yang tulen.

“Di sudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunnah seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah saf depan pasti miliknya, sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunnah, tidak pernah lepas dari tangannya al-Quran setiap hari/pagi.

“Ke mana kami ride bersama dia akan pastikan sempat balik untuk berjemaah di masjid. Perasaan sebak pilu, namun pasti Allah lebih menyayanginya aturan Allah terbaik untuknya,” ungkapnya.

Author

Pilihan Editor