HomeNiagaCallebaut perkenalkan tiga coklat baharu, tanpa bahan tenusu

Callebaut perkenalkan tiga coklat baharu, tanpa bahan tenusu

 

PETALING JAYA: Pengeluar coklat dan koko terkemuka, Barry Callebaut (Callebaut) melancarkan tiga produk baharu iaitu coklat Callebaut ruby RB2, Callebaut NXT Dark dan “M_lk” (milk) untuk pasaran Malaysia.

Pengarah urusan syarikat bagi Malaysia, Robert Kotuszewski berkata, syarikat itu berusaha untuk menjadi inovatif dan peneraju dalam pasaran dan industri.

“Kami adalah pengeluar coklat dan koko terbesar dunia, dan kami menaruh harapan untuk tampil sebagai penginovasi pada masa depan. Menerusi coklat Callebaut ruby dan NXT bebas tenusu, ia tampil sebagai trend masa depan inovatif yang selanjutnya,” katanya pada majlis pelancaran Future of Chocolate Indulgence yang berlangsung di Rom 8 Studio, disini, baru-baru ini.

Tambah beliau, pelanggan Callebaut memberikan perhatian terhadap kesihatan mereka, justeru, syarikat itu sedang menumpukan kepada alam sekitar dan kemampanan.

“Bagi kami, ini adalah langkah yang menjadi kelaziman untuk menjadi inovatif dalam memberikan sesuatu yang mampan sepenuhnya, semula jadi dan rasa yang lazat.

“Saya percaya, apabila generasi bertukar, pengaruh dari segi apa yang mereka inginkan akan berubah. Generasi Z dan milenial berharap mereka akan mencari produk yang baik untuk mereka, planet dan alam sekitar,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor