HomeBeritaeBeliaRahmah RM200 boleh tebus mulai 26 Jun

eBeliaRahmah RM200 boleh tebus mulai 26 Jun

 

CYBERJAYA: Belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi boleh menebus kredit RM200 dibawah inisiatif eBeliaRahmah mulai 26 Jun ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penebusan kredit RM200 itu boleh dilakukan menerusi tiga perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel atau Touch n Go eWallet.

“Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program eBeliaRahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak.

“Selain bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, ini juga sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka.

“Tambahan lagi, ini juga merupakan peningkatan tawaran kredit e-tunai berbanding RM150 tahun lalu,” maklum Anwar yang turut merangkap selaku Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Susulan itu, pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah akan dibuka bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.

Kenyataan sama turut menyatakan bahawa kredit RM200 tersebut boleh digunakan di peruncit atau peniaga yang menerima bayaran secara kod QR DuitNow.

Harus diingatkan bahawa kredit yang diterima adalah terhad untuk dibelanjakan secara offline sahaja, dan perlu dibelanjakan sebelum 31 Ogos 2023.

Pada masa sama, syarikat penyedia e-dompet akan menawarkan sejumlah insentif tambahan kepada pengguna melalui bentuk baucar, pulangan tunai, atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh berkenaan.

Untuk menebus, individu yang layak perlu memuat naik salah satu perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel atau Touch n Go eWallet lalu klik pada bahagian pendaftaran eBeliaRahmah.

Author

Pilihan Editor