HomeBeritaViralIbu terhibur anak demam meracau nyanyi lagu ‘Unstoppable’

Ibu terhibur anak demam meracau nyanyi lagu ‘Unstoppable’

 

CYBERJAYA: Telatah seorang anak perempuan meracau ketika tengah demam berjaya mencuit hati netizen apabila dia menyanyikan lagu ‘orang putih’.

Menerusi sebuah video TikTok Faizah Li, menunjukkan anak keduanya sempat menjelirkan lidah selepas habis menyanyikan sebuah lagu Inggeris.

Tindakan bersahaja anak perempuannya itu walaupun sedang sakit mengundang tawa ibunya.

“Tengah demam meracau, tapi yang bestnya meracau nyanyi tukar slang.

“Anak nombor dua memang kuban-kuban (bukan-bukan) kan,” kata ibunya.

Malah, Faizah turut mengajukan soalan kepada warga net adakah sifat anak nombor dua berbeza dengan anak yang lain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang sama seperti ibu anak perempuan tersebut.

“Hahaha, part last sekali lidah terkeluar adoi,” komen netizen.

“Adik, betul kaki TikTok ni. Cepat sembuh okay haha, emaknya pon tukang gelak kemain,” ujar netizen.

“Yang acik faham Unstoppable saja adik tu pun penuh dengung,” kongsi netizen.

Malah, Faizah turut mengajukan soalan kepada warga net adakah sifat anak nombor berbeza dengan anak yang lain.

Ternyata, ramai anak nombor dua hadir membuktikan mereka juga seperti anak wanita tersebut.

“Kak saya sebagai anak nombor dua mengaku yang anak nombor dua ini memang pelik. Mak saya pernah cerita dekat saya yang saya mengigau cakap dengan cikgu,” kongsi netizen.

“Masa aku kecil dulu pun pernah jadi macam ni masa demam panas, mak su aku cakap aku panggil semua orang tengok rama-rama dekat tapak tangan aku,” tulis netizen.

 

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor