PASUKAN Sang Kenari hari ini mengumumkan kehadiran penyerang baharu mereka iaitu Ifedayo Olusegun. Pemain yang tidak tidak asing dengan Liga Malaysia itu mahu menjadikan Kedah Darul Aman FC (KDA) sebagai medan terbaik untuk dirinya.
Pemain yang berasal dari Nigeria dan memiliki pasport Bahrain dijangka akan membuat debut pertamanya pada aksi menentang PDRM FC di Stadium MBPJ pada 9 Julai ini kerana jendela perpindahan pemain Liga Malaysia bagi pendaftaran pemain akan dibuka pada 5 Julai.
Dengan rekod 70 gol dalam 73 penampilan bersama 3 pasukan Liga Super sebelum ini iaitu Felda United, Melaka dan Selangor, meletakkan beliau antara penjaring berbahaya dalam sejarah Liga Malaysia.
Pasukan KDA pasti menagih taring berbisa dari Ifedayo kerana pemain ini telah merekodkan 70 gol dalam 73 penampilan bersama tiga pasukan berbeza dalam saingan Liga Super Malaysia.
Musim paling gemilang buat Ifedayo adalah ketika mewakili pasukan Selangor pada musim 2019 hingga 2020.
Ketika mewakili Selangor, Ifedayo berjaya memenangi anugerah Kasut Eman dua tahun berturut-turut, 12 gol pada musim 2010 dan 26 gol pada musim 2021.
Selain Selangor, Ifedayo juga pernah mewakili pasukan Felda United dan Melaka United.