HomeNiagaKTM Malaysia lancar model KTM Brabus R Edition 23, tapi satu unit...

KTM Malaysia lancar model KTM Brabus R Edition 23, tapi satu unit sahaja di Malaysia

JENAMA motosikal ternama KTM melancarkan model hyper naked dengan kerjasama Brabus, KTM Brabus 1300 R Edition 23. Model ini dibangunkan berasaskan platform KTM 1290 Super Duke R EVO dengan harga RM430,000.

https://twitter.com/twtbikers/status/1670599944967974912?s=20

Menurut laporan Pandu Laju, KTM hanya mengeluarkan 290 unit sahaja bagi model ini dan hanya mempunyai dua pilihan warna, Stealth Grey dan hitam. Daripada jumlah tersebut, 145 unit daripadanya merupakan warna hitam. Lebih menarik, model ini hanya terdapat satu unit sahaja di Malaysia.

Berikut spesifikasi KTM Brabus 1300 R Edition 23 (2023):

Prestasi

  • Saiz enjin: 1,301cm3 (1.3L)
  • Output kuasa: 180hp @ 9,500rpm
  • Tork: 140Nm @ 8,000rpm
  • Pecutan 0-100kmj: 3.2 saat
  • Kelajuan maksimum: 270kmj
  •  Berat: 194kg

Casis

  • Kapasiti tangki: 16 liter
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS): Bosch 9.1MP 2.0 dengan ABS Belokan and Supermoto ABS
  • Klac: Klac sliper PASC (TM)
  • Brek: Brembo Stylema Monobloc, 320mm, 4 piston (depan); Brembo Stylema Monobloc, 240mm, 2 piston (belakang)
  • Suspensi: Fork terbalik (USD) WP semi-aktif 48mm (depan); monoshock WP semi-aktif (belakang)
  • Tinggi pelana: 845mm
  • Frem: Chrome-moly tubular space frame, powder-coated
  • 6 mod suspensi: Comfort, Street, Sport, Track, Advanced dan Auto

Ciri Lain:

  • Lampu LED bulat
  • Rim BRABUS Monoblock Z forged wheels
  • Elemen gentian karbon di saluran udara, penutup lampu dan kowl enjin
  • Pelana dengan fungsi pemanas
  • Kowl pelana pembonceng
  • Panel meter digital TFT 5 inci
  • Pemegang bar hendal dengan fungsi pemanas
  • Peg kaki boleh laras Brabus
  • Sstem penghidup tanpa kunci
  • Klamp tripel Brabus
  • Tuas brek dan klac boleh laras Brabus
  • Cermin sisi hujung bar hendal
  • Ekzos slip-on kembar Brabus
  • Fungsi anti-wheelie
  • Quickshifter+

Author

Pilihan Editor