HomeBeritaViralLelaki ditahan curi 25 seluar dalam wanita

Lelaki ditahan curi 25 seluar dalam wanita

 

CYBERJAYA: Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan selepas mencuri 25 helai pakaian dalam wanita dari sebuah kawasan perumahan di Seri Petaling, Isnin lalu.

Sebelum itu, dia dikesan sedang memerhati pakaian dalam wanita yang berada di ampaian dalam keadaan yang mencurigakan oleh seorang penduduk di kawasan perumahan terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, penduduk terbabit kemudian bertindak menghubungi pihak polis dan memaklumkan berkenaan suspek yang mencurigakan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku mencuri 25 helai pakaian dalam wanita di tiga buah rumah yang berbeza bagi tujuan melepaskan nafsu.

“Pakaian dalam ini dijumpai di dalam beg silang yang dibawa oleh suspek sebelum pihak polis melakukan tangkapan dan merampas barang kes untuk tindakan selanjutnya,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Malah, semakan rekod jenayah mendapati lelaki terbabit mempunyai sembilan rekod kesalahan jenayah curi dan dadah berbahaya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor