ISTANBUL: Lionel Messi menjaringkan gol terpantas dalam kariernya hanya 79 saat dalam aksi persahabatan menentang Australia pada Khamis.
Argentina memenangi perlawanan itu menerusi gol Messi dan German Pezzella di Kompleks Sukan Pekerja Beijing.
Dalam kemenangan 2-0 itu, Messi yang menerima hantaran Enzo Fernandez melakukan sepakan lencong dari luar kotak penalti terus menerjah gawang Australia, menurut Agensi Anadolu.
Sementara itu, Messi bakal menyertai kelab Major League Soccer, Inter Miami apabila kontraknya di Paris Saint-Germain tamat pada akhir bulan ini.
Kapten berusia 35 tahun itu membimbing Argentina ke Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.
Messi menjaringkan tujuh gol di Qatar 2022 untuk mengetuai kejayaan Piala Dunia Argentina. – BERNAMA