HomeBeritaViral'Maaf abah' - Ajoi Zainal sedih rumah peninggalan arwah bapa musnah terbakar

‘Maaf abah’ – Ajoi Zainal sedih rumah peninggalan arwah bapa musnah terbakar

.

CYBERJAYA: Penyanyi Ajoi Zainal meluahkan rasa sedih apabila rumah yang didiami oleh dirinya dan keluarga musnah dalam satu kejadian kebakaran semalam.

Ajoi memaklumkan perkara tersebut menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di IG Story miliknya.

Menurut Ajoi, kejadian tersebut berlaku sebaik sahaja dia pulang dari menonton konsert Big Stage yang diadakan di Shah Alam.

Lebih menyedihkan, Ajoi berkata dia tidak mampu menjaga rumah peninggalan arwah ayahnya dengan baik.

“Semoga bertemu lagi rumahku. Maaf abah, tak boleh jaga betul-betul rumah peninggalan abah. Ajoi cuba yang terbaik. Maaf,” katanya.

Ekoran daripada kejadian tersebut, dia dan keluarga terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM200,000. Hal ini disebabkan keseluruhan bahagian dapur kediaman itu terbakar termasuk lapan buah motosikal dan sebuah kereta.

Dalam pada itu, Ajoi bersyukur dikelilingi orang yang banyak membantu malah ada yang sudi menumpangkan mereka sekeluarga.

“Terima kasih kepada hamba Allah yang bagi kunci rumah homestay beliau untuk family saya menetap sementara. Allah maha kuasa. Alhamdulillah,” ujarnya.

Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui dan pihak polis masih dalam siasatan untuk mengetahui punca kejadian itu berlaku.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor