HomeMaggi tawan hati rakyat Malaysia, perkenal Mi Goreng Laksa Warisan
Array

Maggi tawan hati rakyat Malaysia, perkenal Mi Goreng Laksa Warisan

 

KUALA LUMPUR: Sebut sahaja hidangan laksa pasti ramai automatik terliur. Mana tidaknya laksa merupakan ikon makanan tradisi orang Malaysia. 

Untuk meraikan ‘cinta’ rakyat Malaysia terhadap laksa, Maggi menghargai warisan hidangan klasik Malaysia ini dengan memperkenalkan Maggi Mi Goreng Laksa Warisan dengan rasa autentik dan aromatik.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, pemilihan itu juga sebagai penghormatan kerana jenama berkenaan berjaya melakar sejarah lebih 50 tahun berada dalam industri makanan halal di negara ini.

“Hari ini, kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada sambutan hidangan Laksa Malaysia yang meriah sambil kami mempersembahkan inovasi produk terbaharu kami yang memberi penghormatan kepada warisan masakan negara kita yang pelbagai dan tersendiri: Maggi Mi Goreng Laksa Warisan serba baharu kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran Maggi Mi Goreng Laksa Warisan serba baharu yang diadakan di The Agam, Kuala Lumpur.

Turut hadir, Chef selebriti, Anis Nabila dan Pakar Makanan Warisan Negara, Prof Madya Dr Shahrim Karim yang mempamerkan seni kulinari dan kepakaran mereka dalam menyediakan hidangan laska yang lazat sambil berkongsi sejarah dan evolusi yang kaya.

Dr Shahrim dan Anis

Sementara itu, Prof Madya Dr Shahrim Karim berkata, laksa ialah hidangan yang berakar umbi dalam komuniti Peranakan, diilhamkan oleh warisan budaya Cina, Malaysia dan Indonesia di Asia Tenggara.

“Langkah Maggi memperkenalkan Mi Goreng Laksa Warisan adalah tepat dalam memperkenalkan jenama yang merangkumi citarasa dan budaya negara ini.

“Jiwa laksa yang terletak pada rasa yang bersemangat dan aromatiknya. Laksa yang baik adalah pengimbangan antara pelbagai ramuan dengan pengadukan berterusan ke arah peringkat ‘pecah minyak’, yang penting untuk laksa yang sempurna yang memuncak dalam hidangan masakan yang sebenar,” ujarnya.

Oleh: AIN JAPRI (Pelatih USM)

Author

Pilihan Editor