HomeBeritaViralMengaku ‘design’ jala ikan, Mat Salih diserang netizen Malaysia

Mengaku ‘design’ jala ikan, Mat Salih diserang netizen Malaysia

GARA-GARA mengakui dirinya mencipta jala ikan, seorang lelaki dikenali Kyle Naegeli dikecam teruk oleh rakyat Malaysia.

Perkara itu berikutan Kyle menerusi TikTok miliknya memuat naik beberapa video memaparkan dirinya menangkap ikan dengan menggunakan jaring ikan (castnet).

Peralatan yang digunakan lelaki itu nyata kelihatan sama seperti jala ikan yang telahpun digunakan sejak dahulu kala di Asia.

Video yang memaparkan Kyle meraih hasil laut yang banyak menerusi penggunaan jala itu membuatkan rata-rata pengikutnya kagum.

Malah, ada yang berminat untuk membeli peralatan yang digunakan Kyle.

“Awak yang buat jaring itu? Saya mahu satu dengan rantai seperti itu,” komen seorang pengikut Kyle.

“Ya, saya yang menciptanya,” tulis Kyle membalas komen berkenaan.

Malah, Kyle turut menyatakan bahawa ‘rekaannya’ itu akan memasuki pasaran Amerika secara dalam talian mulai hari ini dengan jualan harga bernilai USD49.99 (RM230).

Pengakuan Kyle bahawa dia mencipta jala itu membuatkan rata-rata warga net Malaysia berang sehingga meninggalkan kecaman hebat di ruangan komen.

Untuk rekod, Kyle sebelum ini biasanya memuat naik video memancing ikan dengan menggunakan joran namun baru-baru ini dia mula beralih menggunakan jala.

Author

Pilihan Editor