KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menzahirkan rasa kesyukuran apabila Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah menerima kunjungan Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Selasa lalu.
Na’im melihat sendiri keadaan rumah penghuni warga emas yang memerlukan dana bagi membiayai kos untuk kelangsungan pusat jagaan tersebut dan sempat beramah mesra dengan penghuni di situ.
Susulan itu Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada Rumah Perlindungan Al-Fattah bagi memastikan kebajikan penghuni rumah tersebut khususnya warga emas terus terbela.
Sany berkongsi kunjungan Na’im itu dalam hantaran di akaun Facebook beliau pada Rabu.