KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), esok.
Katanya, segala pertanyaan yang diajukan orang awam akan dijawab beliau dalam sesi berkenaan.
“Ayuh warga Pulau Pinang ikut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan esok bersamaan 11 Jun 2023 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM).
Berdasarkan poster dalam hantaran itu, sesi tersebut dijadualkan berlangsung pada 3 petang di Dewan Tuanku Syed Putra USM.