HomeBeritaPM makan ikan bakar di medan selera Cyberjaya

PM makan ikan bakar di medan selera Cyberjaya

 

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni pengunjung di Foodcourt Sports Arena Cyber 6, di sini, hari ini.

Beliau yang tiba di medan selera itu sekitar jam 1 tengah hari tadi turut beramah mesra dengan para peniaga yang menjual hidangan masakan seperti nasi ayam kunyit, nasi campur ikan bakar, pecal lele dan sebagainya.

Pada masa sama, Anwar turut menikmati hidangan set nasi putih dan ikan bakar bagi menu makan tengahari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya.

Turut hadir bersama, Timbalan Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Perbandaran Sepang Muhamad Shah Osmin.

 

Author

Pilihan Editor