HomeBeritaMahkamah & JenayahPolis cari Siti Hajar Lydia, saksi kes dadah

Polis cari Siti Hajar Lydia, saksi kes dadah

 

CYBERJAYA: Polis sedang mengesan seorang wanita bernama Siti Hajar Lydia Osman, 40, bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, Siti Hajar  dikehendaki sebagai saksi penting untuk kes berkaitan dadah.

“Saksi terbabit gagal dikesan sehingga kini dan alamat terakhir adalah di No. 404 Blok C9 Seksyen 10 Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Siti Hajar diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Nishamasraaf Mohd Yusoff di talian 011-39944570 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda (04-4299222) melalui sambungan 2123.

Author

Pilihan Editor