CYBERJAYA: Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.
Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga apabila doktor mengesahkan keadaannya kritikal, petang semalam.
Akibat kebocoran usus, Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil dimasukkan ke HCTM sejak 20 April lalu.
Urusan mandi jenazah dan kafan akan dilakukan di HCTM pagi ini manakala solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor.
Untuk rekod, Rohana mula membina karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979 dan antara lagu popular allahyarhamah adalah Rayuanku, Jauh Terkenang dan Resah Ku.