HomeBeritaViral'1 foto RM10' - Pelancong kena 'scam' servis ambil gambar depan KLCC

‘1 foto RM10’ – Pelancong kena ‘scam’ servis ambil gambar depan KLCC

CYBERJAYA: Modus operandi segelintir individu yang dipercayai warga asing menawarkan servis mengambil gambar di Menara Berkembar Petronas (KLCC) akhirnya terbongkar selepas seorang pelancong dari Indonesia berkongsi pengalaman menjadi mangsa mereka.

Menerusi perkongsian Twitter @TravelJimat, pada mulanya individu terbabit akan menawarkan diri untuk mengambil gambar pelancong berlatarbelakangkan KLCC sebelum meminta sejumlah bayaran selepas selesai bergambar.

Pemilik video tersebut mendakwa dirinya turut terpedaya dengan tipu helah individu yang menawarkan bantuan mengambil gambar namun, setelah siap diambil, mereka meminta bayaran sebanyak RM5 hingga RM10 untuk satu gambar.

Menurut Travel Jimat, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) wajar menjalankan operasi untuk membasmi sindiket sedemikian daripada terus menular.

“Kalau tak kawal makin parah la keadaan ni, macam kita pergi negara lain takut kena scam macam tu lah pelancong datang negara kita kena hadap dengan benda macam ni.

Patutnya DBKL kena buat serbuan lah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera kerana jika tidak dikawal ia akan memberikan impak negatif kepada pelancong luar.

This is actually mencacatkan view kat area depan Petronas Twin Towers. I’m surprised diorang ni boleh still aktif buat benda ni kat popular landmark. Just wondering, the authorities tak ambil tindakan tegas to stop this ke,” tulis netizen.

“Malaysia ni dah jadi macam Egypt/India dah, too many scammers on the street especially dekat tempat tourist attraction. Tapi sayangnya dekat Malaysia yang buat perangai ini adalah geng pendatang,” komen netizen.

“Aku nak busking depan KLCC pun tak boleh padahal ada permit DBKL. ini tourist scammer boleh pulak buat beratus-ratus sehari. Dasar penipu,” luah netizen.

Author

Pilihan Editor