HomeBeritaViralAaron Aziz pasrah tadah muka layan anak 'makeup' di TikTok Live

Aaron Aziz pasrah tadah muka layan anak ‘makeup’ di TikTok Live

CYBERJAYA: Pelakon filem KL Gangster, Aaron Aziz pasrah selepas mukanya dijadikan model solekan oleh anaknya perempuannya semasa membuat sesi Live di TikTok.

Menerusi perkongsian video TikTok Ejaa, memaparkan wajah Aaron seperti mempunyai solekan serta sedang dipakaikan gincu oleh Dahlia Arissa.

Sepanjang video tersebut, muka Aaron kelihatan tenang sambil melayan komen netizen dan melayan kerenah anak bongsunya itu.

Menjengah di ruangan komen rata-rata warga net terhibur dengan gelagat dua beranak itu dan menyifatkan Aaron sebagai ayah  terbaik kerana sanggup menjadi model untuk anaknya.

Okay but he’s such an awesome father for this,” kongsi netizen.

“Saya ada tengok live ni semalam, serius pecah perut saya gelak tengok Malik pasrah je dia layan karenah anak dia,” komen netizen.

“Pasrah je tapi tetap melayan,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor