HomeBeritaViralAliff Syukri tuntut bekas menteri bergelar Tan Sri bayar hutang

Aliff Syukri tuntut bekas menteri bergelar Tan Sri bayar hutang

CYBERJAYA: Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya.

Aliff mendakwa, beliau berkali-kali menghubungi individu terbabit, namun sehingga kini tidak mendapat maklum balas.

“Siapa kenal Tan Sri ini? Minta dia suruh bayar duit saya yang berpuluh juta itu, dia mesti kaya sebab bekas menteri.

“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu family keturunan Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja. Orang Langkawi mesti kenal dia hartawan 1 Malaysia,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, terdapat beberapa orang netizen yang mendakwa bahawa mereka cukup mengenali individu terbabit.

“Saya kenal Tan Sri ini sebab saya pernah bekerja di hotel milik Tan Sri di Langkawi dan saya sempat jumpa Datuk Aliff masa datang hotel Tan Sri ini,” ujarnya.

“Dulu saya pernah kerja dengan dia, banyak projek terbengkalai,” kongsinya.

“Gaji kerja Asenia masa COVID dulu pon tak bayar lagi, banyak staf yang belum dibayar. Saya tak akan halal dunia dan akhirat duit gaji saya,” komennya.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang mendakwa Tan Sri tersebut merupakan bapa angkat kepada usahawan itu.

Komen demikian mendapat perhatian Aliff dan menegaskan Tan Sri itu bukan lagi bapa angkatnya.

“Itu dulu, tapi sekarang ini saya telah dizalimi semoga doa saya termakbul di Tanah Suci ini,” jelasnya.

Author

Pilihan Editor