CYBERJAYA: Seorang wanita berang selepas mendapati topi keledar (helmet) miliknya dicuri oleh seorang lelaki dipercayai warga asing.
Menerusi video tular, lelaki itu pada mulanya berdolak-dalih tidak mahu memulangkan helmet tersebut.
Dengan mimik muka seolah-olah tidak bersalah, dia mendakwa bahawa kononnya mendapat kebenaran menggunakan helmet tersebut atas kebenaran pengawal keselamatan yang menjaga kawasan berkenaan.
“Awak kena minta kebenaran saya, bukannya orang lain,” kata wanita tersebut dalam bahasa Inggeris.
Lelaki itu kemudian memulangkan helmet berkenaan sambil melakukan perbincangan dengan pengawal tersebut.
Masa dan lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.
Menjengah ke ruangan komen, video itu bagaimanapun mendapat respons sebaliknya daripada netizen.
Meskipun berang dengan perbuatan lelaki tersebut, ada segelintir yang turut mempersoalkan suara dalam video berkenaan yang ditapis dan sukar untuk memahami setiap perkataan yang disebut dalam perbualan itu.
@atipan_21 menulis: “Nak kesian pun tak boleh ni filter suara macam tu.”
Tambah @diyanarosee: “Duhh spoil guna filter suara buat apa? Kalau dapat kat aku mamat ni, dah lebam biji mata dia aku kerjakan. Hidup nak mencuri je.”
@zuhairbahang berkata: “Macam mana nak marah ni? Suara filter lucu. Mamat ni pun satu belilah helmet bukan curi.”
Berpendapat sama, @Ha_iril menambah: “Nak sedih atau nak marah pon tak jadi bila dengar filter suara gitu.”
Tulis @favy_llion :”Tak faham, ingatkan ada suara latar belakang kartun tadi.”