HomeBeritaViralDemi tumbler Blackpink, sanggup 'terpacak' depan kedai seawal 1 pagi

Demi tumbler Blackpink, sanggup ‘terpacak’ depan kedai seawal 1 pagi

CYBERJAYA: Demi Blackpink, seorang wanita sanggup menunggu lebih tujuh jam gara-gara ingin memiliki tumbler edisi terhad ahli kumpulan Korea Selatan itu di sebuah kedai kopi popular.

Menerusi video di TikTok @maksu.__, kelihatan wanita itu keluar rumah sekitar pukul 12.30 tengah malam dan tiba di kedai sekitar pukul 1.30 pagi semata-mata mahu menunggu kedai kopi itu dibuka pada pukul 8 pagi.

“Lebih baik awal, daripada tidak dapat langsung,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menarik perhatian apabila sekitar pukul 6.50 pagi, kelihatan beberapa individu datang dan turut beratur bagi mendapatkan barangan edisi terhad Blackpink yang dijual di kedai kopi popular itu.

Penantian wanita berkenaan tidak sia-sia kerana dia berjaya membeli tumbler edisi terhad berharga RM478 sebiji dimana setiap cawangan kedai kopi hanya mempunyai dua unit sahaja.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kegigihannya untuk mendapatkan barang yang diidamkan.

“Tingginya kesabaran awak nak beratur dan menunggu lama-lama macam tu,” komen netizen.

“Gigih sangat. Kalau saya, dah balik dah. Terlampau awal tu, sabar betul menunggu,” kata seorang lagi warga net.

Author

Pilihan Editor