CYBERJAYA: Seorang penuntut wanita sebuah universiti kesal dengan rakan sebiliknya yang didakwa pengotor kerana tidak pandai menjaga kebersihan bilik.
Menerusi satu video tular sejak Rabu yang dimuat naik oleh pelajar tersebut dalam akaun TikTok Zylaaa, menunjukkan katil rakan sebiliknya dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.
“Selalu nampak dekat TikTok orang dapat ‘roommate’ pengotor, kali ini jadi dalam hidup. Dapat yang pengotor dari awal semester sampai habis semester. Takda perubahan,” katanya.
Menjawab dakwaan netizen yang mengatakan rakannya stres belajar, pengguna TikTok berkenaan mendakwa rakan biliknya itu hanyalah pemalas.
“Tak adanya stres belajar, balik pon hadap telefon juga, ada je masa boleh kemas. Cuma diri tu yang malas, penat tegur tak jalan,” ujarnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net terkejut dan pernah mengalami situasi yang sama seperti pemilik TikTok berkenaan.
“Eh kolej mana ni? By the way kita sama, saya punya lelaki, every week kena spray perfume dekat almari sebab bilik bau kepam, pastu kentut 24 jam,” kongsi netizen.
“Mesti keluar dari bilik orang dia cantik bergaya kan dengan makeupnya,” komen netizen.
“Saya pernah ada roommate macam ni, saya tolong kemaskan tempat dia,” tulis netizen.