HomeBeritaEmpat pasangan dicekup berkhalwat di bilik hotel

Empat pasangan dicekup berkhalwat di bilik hotel

 

KUALA LUMPUR: Empat pasangan dicekup berkhalwat setelah didapati bersekedudukan dalam bilik hotel tanpa ikatan perkahwinan yang sah di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Kesemua pasangan itu ditangkap menerusi operasi bersepadu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira pukul 2 pagi.

Menurut DBKL dalam hantaran Facebook, lima premis hotel dan rumah tumpangan di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Cheras diambil tindakan penguatkuasaan.

“Sebanyak 175 buah bilik penginapan melibatkan 20 tingkat secara keseluruhannya diperiksa pegawai Jawi, PDRM dan penguat kuasa DBKL.

“Hasil pemeriksaan, empat pasangan warga tempatan ditahan atas kesalahan syariah iaitu bersekedudukan dalam bilik hotel tanpa ikatan perkahwinan yang sah,” katanya dalam hantaran itu.

Kesemua pasangan terbabit dibawa ke pejabat Jawi mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

DBKL turut mengeluarkan satu notis kompaun terhadap premis hotel yang beroperasi tanpa kebenaran di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003.

Author

Pilihan Editor