HomeBeritaFadhlina beri tempoh 24 jam minta maaf, turun poster gelar Melayu bangsat

Fadhlina beri tempoh 24 jam minta maaf, turun poster gelar Melayu bangsat

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi tempoh 24 jam kepada mana-mana individu yang untuk membuat permohonan maaf serta menurunkan poster “Fadhlina gelar Melayu pertahan azan Melayu bangsat”.

Dalam hantaran di laman Twitter, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, laporan polis sudah dibuat berkenaan fitnah yang tular di media sosial.

 

Poster fitnah membabitkan Fadhlina kini tular di media sosial. – Foto: Twitter Fadhlina Sidek

Ketua Wanita PKR itu berkata, siasatan berhubung perkara tersebut sedang dijalankan, manakala misi mencari individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan bahan fitnah turut dikesan.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk saman malu dan fitnah yang terus disebarkan. Kebebasan bersuara bukan kebebebasan untuk fitnah sesuka hati.

“Mohon tag saya di poster-poster fitnah berkenaan,” tulisnya sambil menasihatkan semua pihak supaya berpolitik dengan matang dan penuh sivil.

 

Laporan polis dibuat oleh salah seorang Exco PKR. -Foto: Twitter Fadhlina Sidek

Poster fitnah yang berlegar-legar di media sosial itu dinaikkan berikutan kenyataan beliau dalam forum “Malaysia Di Ambang PRN 2023”, antara lain menyentuh tentang pembangkang yang sering membangkitkan isu azan berbanding isu ekonomi dan dasar seolah-olah ketandusan idea.

Kenyataan itu sebaliknya dimanipulasi oleh pihak tertentu, yang mendakwa beliau menggelar orang Melayu Pulau Pinang mempertahan azan solat sebagai “Melayu Bangsat”.

Author

Pilihan Editor