HomeBeritaViral‘Geng pelangi’ selamba mogok di Sogo, cetus kemarahan netizen

‘Geng pelangi’ selamba mogok di Sogo, cetus kemarahan netizen

CYBERJAYA: Tular di media sosial video sekumpulan lelaki menyertai mogok di hadapan Sogo, Kuala Lumpur, memperjuangkan hak aktiviti ‘gay, lesbian, biseksual dan transgender’ (LGBT) di negara ini, semalam.

Dalam video itu, kelihatan sekumpulan lelaki memegang sepanduk menzahirkan ketidakpuasan hati mereka akan penerimaan LGBT di negara ini.

Video terbabit dikongsi oleh Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak di Facebook miliknya dan turut menzahirkan kekecewaannya melihat tindakan kumpulan terbabit.

Malah, Syed turut berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap golongan terbabit.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah dengan ‘kumpulan pelangi’ itu yang dilihat semakin berani bersuara dengan kesesatan mereka.

“Penat doh. Berani molek sek goni,” tulis seorang netizen.

“Semoga kembali sebelum mati,” tulis seorang warga net.

“Semoga dikurniakan Taufiq Hidayah. Semoga kerajaan ambil tindakan,” komen seorang lagi netizen.

Author

Pilihan Editor