HomeBeritaViralHampir hilang nyawa lepas makan 'donut peach' viral

Hampir hilang nyawa lepas makan ‘donut peach’ viral

CYBERJAYA: Gara-gara memakan buah ‘donut peach’ yang tular ketika ini, seorang wanita hampir kehilangan nyawa kerana mengalami muntah-muntah secara tiba-tiba.

Menerusi perkongsian di TikTok @sherynaa02, wanita terbabit menyatakan selepas 15 minit memakan buah tersebut, perutnya berasa sebu dan mengalami muntah serta seluruh badannya muncul bintik-bintik merah yang gatal.

“Donut peach viral dalam kenangan, sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan dan orang itu adalah aku.

“Sekali makan dalam 15 minit terus sebu, muntah-muntah, naik bijik gatal-gatal terus kena pergi kecemasan (hospital), kena inject (suntik) baru jadi manusia balik.

“Kalau tak inject (suntik) macam beruk sebab garu,” kongsinya menerusi video yang dimuat naik semalam.

Tambahnya lagi, dia tidak mengetahui mempunyai alahan terhadap buah tersebut.

Perkongsian wanita itu nyata mendapat perhatian warga net dan ada segelintir yang turut berkongsi pengalaman sama apabila mengalami sesak nafas serta muntah selepas menikmati buah tular tersebut.

“Saya pun pernah makan, terjebak juga beli sebab viral di TikTok, tiba-tiba jadi sesak nafas, muntah-muntah. Pergi hospital doktor kata buah ini ada kandungan yang tak sesuai kepada semua orang, lagi-lagi yang ada alahan pada kulit atau asma,” kongsi seorang pengguna.

“Baru lepas makan tadi (semalam) tiba-tiba mulut dengan bibir rasa kebas, tak lama lepas itu baru okey,” luah seorang lagi netizen.

Author

Pilihan Editor