HomeBeritaViralHasad dengki laris berniaga, punca suami isteri disimbah asid

Hasad dengki laris berniaga, punca suami isteri disimbah asid

CYBERJAYA: Gara-gara hasad dengki, sepasang suami isteri terpaksa menanggung derita akibat melecur disimbah sejenis cecair didakwa asid ketika berada di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di Gombak, semalam.

Kejadian itu dikongsikan menerusi satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menerusi hantaran di Facebook Khairy Adli, hari ini.

Menurut Khairy, mangsa yang juga pemilik restoran terkenal di Selayang melecur teruk di bahagian mata dan badan akibat perbuatan terbabit.

“Keluarga sahabat saya. Seminggu sebelum kejadian, kedai mangsa di bakar habis 100 total lost.

“Kemudian semalam (Rabu) mangsa di simbah asid. Mata dan badan melecur. Mohon sesiapa kenal yang buat macam ini beri maklumat,” tulisnya di Facebook.

Tambah Khairy, sahabatnya itu seringkali ditimpa musibah dek kerana ada yang dengki akan perniagaannya yang laris.

“Bukan sekali dua benda-benda macam ini jadi pada mangsa, tapi mangsa bangun dan terus dan masih berniaga, tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid.

“Harap polis cepat buat kerja. Selayang is a hot spot for crime,” luanya dalam hantaran sama.

Author

Pilihan Editor