HomeBeritaViralHina Sultan Selangor, ‘banner’ halang undi PN dinaikkan

Hina Sultan Selangor, ‘banner’ halang undi PN dinaikkan

CYBERJAYA: Tempoh berkempen 14 hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya digunakan sebaik-baiknya oleh calon atau penyokong sesuatu parti.

Masa tersebut adalah peluang terbaik bagi seseorang calon atau penyokong menunjukkan kehebatan parti masing-masing, bagi menarik undi atau sokongan rakyat.

Namun, lain pula yang jadi apabila ada pihak yang sengaja mengapi-apikan rakyat dengan memainkan sentimen  bangsa, agama dan institusi diraja (3R) ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini

Terbaharu, sebuah gambar tular memaparkan kain rentang gambar Sultan Selangor berserta ayat seruan mengajak rakyat negeri itu, supaya tidak mengundi Perikatan Nasional (PN) pada PRN 12 Ogos ini.

Kata-kata dipercayai berbaur hasutan itu dibuat bagi meluahkan perasaan benci dan kemarahan, susulan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Menerusi video ceramahnya, Muhammad Sanusi membuat perbandingan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Difahamkan, kain rentang itu digantung di tempat awam ketika hari penamaan calon yang berlangsung di salah sebuah negeri di Selangor pada Sabtu.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung perkara tersebut.

Author

Pilihan Editor