HomeBeritaViral'Ingat aku dah terpaling pandai' - Solat pakai jubah konvo, sekali 'time'...

‘Ingat aku dah terpaling pandai’ – Solat pakai jubah konvo, sekali ‘time’ sujud…

CYBERJAYA: Kegigihan seorang wanita solat Subuh dengan memakai jubah konvokesyen serba lengkap menarik perhatian warga net.

Menerusi perkongsian video di TikTok @aidakhal, kelihatan adiknya melakukan persiapan diri begitu awal iaitu sebelum masuk waktu subuh untuk hadir ke Hari Graduasi.

“Ada budak terpaling konvokesyen, 5.50 pagi dah siap berjubah siap pakai mortar board!.

“6.02 pagi terus solat Subuh dengan outfit konvokesyen, terpaling konvo kan? Siap solat dengan jubah konvo,” tulisnya.

Dalam video berkenaan, kelihatan adik wanita itu menunaikan solat namun kejadian mencuit hati apabila dahi adiknya tidak mencecah ke sejadah kerana terhalang dengan mortar yang dipakainya.

“Aku ingat aku dah terpaling pandai, b***h jugak (sambil ketawa),” kata adiknya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat adik kepada pemilik video tersebut.

“Time sujud tu mesti fikir sah ke tak sah ni,” komen netizen.

“Dulu aku ada member macam ni, dia pakai cap lupa nak buang, solat berjemaah, time nak sujud sangkut muncung cap tu, habis satu line saf jemaah gelak,” kongsi netizen.

“Hahaha, boleh nampak eh moment dia terkejut kenapa dahi tak cecah lantai,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor