HomeBeritaViral'Jangan fikir nak hipster je' - Lelaki tegur peniaga jual teh tarik...

‘Jangan fikir nak hipster je’ – Lelaki tegur peniaga jual teh tarik dalam akuarium kaca

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular di media sosial sekeping foto memaparkan sebuah gerai minuman yang meletakkan air teh tarik dalam sebuah akuarium kaca bagi menggantikan balang air.

Meskipun kelihatan kreatif dan unik, namun sebilangan warga net mula bimbang akan penggunaan akuarium tersebut.

Menurut pengguna Facebook dikenali sebagai Mat Yoe, akuarium kaca yang digunakan seperti dalam gambar yang tular itu bukan dalam kategori gred makanan iaitu bahan yang tidak sesuai digunakan sebagai bahan penyediaan makanan dan minuman.

“Dekat akuarium tu ada silikon, balang yang food grade biasanya terbuat dari plastik jenis PETE/PET (Polyethylene Etilen Terephalate) atau HDPE (Hight Density Polyethylene).

Hanging filter di dalam gambar juga bukan diperbuat daripada bahan-bahan di atas.

“Nak tahu bahan food grade tengok logo segitiga dengan angka 1,2,4,5 atau 3,6,7 bagi kategori bukan food grade,” katanya.

Yoe turut menjelaskan balang yang bukan dari gred makanan tidak boleh digunakan untuk berniaga minuman kerana boleh membahayakan kesihatan.

“Jangan fikir nak hipster je hingga mengabaikan aspek keselamatan makanan. Kena kompaun jangan ratib anggota penguatkuasa tindas sesama bangsa melayu pulak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yoe mengingatkan peniaga untuk mengambil kursus pengendali makanan.

“Bila ada aduan dari pengguna, siasatan akan terus dilakukan, tu bukan bermakna orang dengki dengan perniagaan kau.

“Kalau tak ada melanggar apa-apa kesalahan dari akta makanan, kau lepas tapi kalau ada kesalahan, bersedia untuk menerima kompaun,” tambahnya.

Author

Pilihan Editor