HomeSukanKapten Liverpool ucap selamat tinggal, Arab Saudi jadi destinasi baharu

Kapten Liverpool ucap selamat tinggal, Arab Saudi jadi destinasi baharu

KETUA pasukan Liverpool, Jordan Henderson mengesahkan dia bakal meninggalkan kelab Merseyside selepas bersama pasukan itu selama 12 tahun.

Berita ini disahkan oleh Henderson sendiri dengan hantaran video di laman sosialnya.

Henderson dikatakan mungkin menerima kontrak lumayan yang bernilai £100,000 sehari dalam Liga Pro Saudi.

Perpindahan Henderson ke Liga Pro Saudi mendapat kritikan besar-besaran apabila sebelum ini dia lantang menyokong LGBTQ+.

Jordan Henderson dikhabarkan mendapat lebih daripada tiga kali ganda kontraknya bernilai £190,000 seminggu ketika bersama Liverpool.

Menjadikan alasan ‘mengubah hidup’ dalam beberapa laporan mengenai perjanjian baharunya di Arab Saudi juga telah dikritik hebat di tengah-tengah krisis kos sara hidup di UK.

Sebelum mesej perpisahannya disiarkan di media sosial, Henderson telah memulakan latihan dengan Al-Ettifaq di bawah kendalian bekas rakan sepasukan Liverpool, Steven Gerrard.

Author

Pilihan Editor