HomeBeritaKayuh basikal ke Putrajaya nak jumpa PM, demi masa depan anak-anak

Kayuh basikal ke Putrajaya nak jumpa PM, demi masa depan anak-anak

CYBERJAYA: Demi memastikan masa depan anak-anak tidak tercicir, seorang bapa bertekad mengayuh basikal roda tiga yang diubah suai ke Putrajaya untuk bertemu Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Muhammad Hafiz Onn, 34, mengatakan tindakan itu adalah ikhtiar terakhirnya dan isteri, Ina Abirin, 26, bagi menukar status kewarganegaraan dua anak lelaki mereka yang kini masing-masing berusia enam dan empat tahun.

“Anak sulung di sekolah tadika, mereka semakin membesar dan akan bersekolah nanti, kami risau akan masa depan.

“Saya bertekad mengayuh basikal bersama dua anak ke Putrajaya untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
“Kami berharap usaha ini mendapat perhatian dan ihsan pemimpin negara untuk membantu kami sekeluarga mendapatkan status warganegara anak kami,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Jelasnya, dia berkahwin de¬ngan Ina yang juga anak pela¬rian dari Filipina pada Januari 2014.

“Kami ‘nikah kampung’. Setelah berkahwin, saya berulang-alik ke Sabah menguruskan dokumen isteri, namun buntu sebelum kami pulang ke Semenanjung,” maklumnya.

Tambah Muhammad Hafiz, pelbagai usaha dilakukannya termasuk ke Jabatan Imigresen serta meminta bantuan daripada pemimpin tempatan, namun semuanya tidak berhasil selain berdepan dengan kekangan kewangan.

“Anak saya ada surat beranak tetapi status kewarganegaraan bukan warganegara. Jadi saya merayu pihak kerajaan agar membantu saya dalam hal ini.

“Kalau boleh saya mahu isteri dapat status penduduk tetap dan kewarganegaraan pula untuk dua anak saya,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor