HomeBeritaKDN serah nama pegawai JPN minta duit kepada SPRM

KDN serah nama pegawai JPN minta duit kepada SPRM

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan nama seorang Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai terlibat kes meminta kutipan sejumlah wang yang besar untuk kelulusan warganegara.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail,menjelaskan tidak ada sebarang pembayaran dikenakan dalam urusan permohonan kewarganegaraan.

“Ada elemen yang kemudiannya menghubungi pemohon dan meminta sejumlah wang, dan watak itu pon kita kenali yang didakwa terlibat.

“Saya telah hubungi Tan Sri Azam Baki untuk menyerahkan nama kepada MACC untuk meneruskan siasatan,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas di Kementerian Dalam Negeri (KDN), pada Rabu.

Saifuddin juga menegaskan kepada orang awam untuk tidak melayan sebarang bentuk panggilan menyuruh melakukan transaksi bayaran sekiranya ingin mendapat kelulusan kewarganegaraan.

“Pemohon akan dimaklumkan tentang kelulusan permohonannya dan tidak ada sebarang bayaran dikenakan,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pendedahan wujudnya amalan salah laku dalam kalangan pegawai JPN berhubung permohonan kewarganegaraan.

Author

Pilihan Editor