HomeBeritaViralLaluan jejantas Kulai 'jammed', tapi pemandu Vios tetap degil nak naik

Laluan jejantas Kulai ‘jammed’, tapi pemandu Vios tetap degil nak naik

UMUM mengetahui bahawa infrastruktur jejantas dikhaskan untuk memudahkan laluan pejalan kaki bagi melintasi jalan raya sesak.

Namun, ia dilihat seolah-olah disalah guna, apabila ada yang mengambil kesempatan menaiki jejantas tersebut menggunakan kenderaan.

Satu video tular memaparkan, perjalanan beberapa motosikal yang menaiki jejantas berkenaan terhenti, setelah sebuah kereta dari arah bertentangan cuba menaiki kemudahan tersebut.

Meskipun laluan sesak, pemandu kereta jenis Toyota Vios itu tetap berdegil mahu meneruskan perjalanan menggunakan jejantas berkenaan.

Difahamkan, penggunaan jejantas itu digunakan sebagai jalan pintas selain mengelakkan kesesakan jalan raya.

Tindakan penunggang motosikal dan pemandu kereta itu sekali gus menyusahkan para pejalan kaki yang mahu melalui jejantas terbabit.

Masa kejadian masih belum dapat dipastikan namun ia dipercayai berlaku di Taman Aman Senai Utama, dekat Kulai, Johor.

Author

Pilihan Editor