HomeBeritaLesen syarikat Emraz Travel & Tours digantung enam bulan

Lesen syarikat Emraz Travel & Tours digantung enam bulan

CYBERJAYA: Lesen syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd digantung selama enam bulan berkuat kuasa Isnin ini sehingga 9 Januari 2024.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perkara itu diputuskan selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) di bawah Subseksyen 8(1)(d) iaitu telah menjalankan perniagaan mengikut cara memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

“Dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah.

“Dalam tempoh penggantungan lesen ini juga, syarikat tersebut dikendaki mengambil tindakan memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan dengan syarikat serta membuat penjadualan semula penerbangan umrah yang tertangguh,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Tambahnya, sekiranya didapati syarikat itu melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen.

Author

Pilihan Editor