HomeBeritaMatty Healy buat hal! Cium sesama jenis, hina 'law' LGBT di Malaysia

Matty Healy buat hal! Cium sesama jenis, hina ‘law’ LGBT di Malaysia

 

CYBERJAYA: Aksi tidak senonoh vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy ketika membuat persembahan di konsert Good Vibes Festival 2023, semalam, nyata mengundang kemarahan orang ramai.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sehingga bertindak memanggil penganjur memberi penjelasan berkaitan isu terbabit.

Fahmi menerusi ciapan di Twitter berkata, sikap Matty yang bercumbu dengan rakan sekumpulannya, Ross McDonalds di atas pentas dan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) adalah suatu perkara yang biadab dan melampau.

“Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok (Sabtu), dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,” tulisnya.

Untuk rekod, dalam acara berkenaan semalam, Matty membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT serta bertindak sengaja mencium rakan lelakinya itu sebagai tanda protes terhadap undang-undang LGBT di Malaysia.

Susulan itu, persembahan kumpulan The 1975 dihentikan kerana kumpulan terbabit disekat daripada meneruskan persembahan di atas pentas.

Author

Pilihan Editor