HomeBeritaPolitikMCA, MIC tolak lamaran Sanusi sertai PN

MCA, MIC tolak lamaran Sanusi sertai PN

CYBERJAYA: MCA dan MIC sebulat suara menolak sebarang pelawaan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dengan jawapan ringkas.

“No (Tidak),” katanya seperti dilapor Utusan hari ini.

Sementara itu, Presiden MIC, Tan Sri Dr. SA Vigneswaran pula berkata, partinya enggan mempertimbang sebarang pelawaan ketika ini kerana sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRN kali ini.

Malah, katanya, MIC masih kekal mendukung titah Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Semalam, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mencadangkan kepada MCA dan MIC supaya meninggalkan BN kerana tidak dapat bertanding sebarang kerusi pada PRN kali ini.

Katanya, MCA dan MIC boleh mendapat jumlah kerusi yang sewajarnya jika menyertai PN.

Authors

Pilihan Editor